Translate

Tuesday, 3 December 2013

JENAYAH SIBER DI MALAYSIA

           Jenayah siber di malaysia semakin luas tersebar dan tidak dapat dikawal lagi.Jenayah siber mendatangkan kerugian yang banyak pada negara kita.Jenayah sibe juga  adalah antara penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara –negara yang maju seperti Amarika Syarikat,China,Jepun dan 
Korea. Jenayah siber didefinisikan perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap."Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.Di Malaysia, jenayah siber mula menjengah sekitar tahun 1991 apabila kerajaan sedang memberi perhatian kepada perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah antara akta yang terawal dalam menangani masalah jenayah siber. Namun, statistik kadar jenayah siber pada era ini amat membimbangkan malah seolah-olah memberi ancaman baru kepada masyarakat dan negara.


     Antara faktor utama penyumbang jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya maklumat dalam penggunaan teknologi dengan selamat. Dalam teknologi komunikasi dan maklumat;ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam 

mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, 
alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau menjatuhkan individu lain. Merujuk kepada situasi ini, maka tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat. 

      Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran makumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.MenurutCybersecurity Malaysia, peningkatan kadar jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna Internet setiap tahun.

     Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Contonhya dalam kes penyebaran maklumat palsu mengenai kematian Ketua Polis Diraja Malaysia,Tan Sri Ismail Omar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Maklumat palsu ini telah memberi kekeliruan kepada masyarakat dan pihak pentadbir dalam dan luar negara. Maka daripada kes ini, jelaslah penyampaian dan penerimaan maklumat dan informasi tanpa ditapis akan menyumbang kepada gejala jenayah siber.

      Di samping itu, graf peningkatan jenayah siber bertambah apabila penggunaan perbankan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna. Aplikasi pembayaran melalui atas talian atau online telah mendapat tempat dalam kalangan pihak perbankan,pentadbir dan laman sesawang untuk membeli-belah atas talian atau shopping online. Mudah, menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Tiada lagi ramai beratur membayar bil di bank mahupun di pejabat pos malahan membeli-belah atas talian juga menjadi ikutan pengguna terutamanya golongan remaja.Antara laman web yang menawarkan aplikasi ini ialah Amazon.com yang memasarkan buku-buku, pengiklanan produk-produk terbaru dan tawaran promosi melalui tempahan dan pembayaran, yang kesemuanya diurus secara online.Begitu juga seperti syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Airasia, Fireflyz dan Malaysia 
Airline yang menjalankan urusniaga seperti tempahan tiket dan pembayaran online.

     Namun,jenayah siber ini masih tidak mempunyai cara untuk menghentikannya kecuali atas kesedaran dan pengetahuan diri rakyat malaysia sendiri.

6 comments:

  1. Saya ingin memberi pendapat , bagi jenayah siber penipuan dalam pembelian online kini boleh dicegah dgn mudah kerana sudah ramai yang aktif dengan jual beli online. Sekiranya masih berlaku penipuan, laporan boleh dibuat kepada tribunal pengguna dengan syarat mempunyai penyataan dari bank untuk transaksi wang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pendapat fatin,tapi pelbagai cara yang boleh digunakan oleh penjenayah siber seperti menggunakan akauan palsu atau memanfaatkan akauan orang lain..seharusnya pembeli menyiasat tentang profil penjual melalui online dan mendapatkan bukti atau pendapat daripada customer mereka sebelum membeli untuk mengelakkan daripada ditipu

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. pengisian yang bagus dan bermanfaat. saya akan menjadikn ilmu ini sebagai langkh berjaga-jaga dlm menggunakn alam siber . thanks

    ReplyDelete
  4. saya juga berpendapat bahawa pengguna yang mempunyai akaun laman sosial khususnya golongan wanita perlu lebih berwaspada ketika ingin memuatnaik gambar peribadi agar gambar tersebut tidak akan disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk maklumat yang sangat membantu ini..faktor-faktor yang dibincangkan diatas haruslah diamalkan di malaysia supaya jenayah siber di malaysia dapat dibendung sebelum ia semakin berleluasa..terima kasih..

    ReplyDelete